HARRISBURG, Pennsylvania – Sejenis ekstrak daripada biji buah avokado didapati mampu mengurangkan bengkak dan mempunyai potensi rawatan untuk gejala penyakit jantung, kanser, artritis dan pelbagai penyakit yang menyebabkan keradangan kronik. Seorang penyelidik sains pemakanan Universiti Pennsylvania State, Joshua Lambert menemui potensi perubatan biji avokado itu selepas 10 tahun mengkaji ekstrak tersebut sebagai pewarna makanan. “Jika kami dapat memberi nilai pulangan kepada penanam dan pengilang avokado, biji buah tersebut tidak akan…










