Bicara kes amang seksual Shahidan ditetapkan 18, 19 Mac - Utusan Malaysia

Bicara kes amang seksual Shahidan ditetapkan 18, 19 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 dan 19 Mac ini sebagai tarikh untuk perbicaraan kes bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, tahun lalu.

Tarikh perbicaraan tersebut ditetapkan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Shahidan, 68, yang merupakan Ahli Parlimen Arau hadir pada prosiding hari ini dengan ditemani isteri, Datin Seri Shamsiah Mohd. Yassin serta anaknya.

Mengikut kertas pertuduhan, Shahidan didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta Toyota Harrier di tepi jalan pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz sementara tertuduh diwakili barisan peguam Thalia Rohaina Abdul Latiff, Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Pada 12 November tahun lalu, Shahidan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN