Kalau sebut mengenai seksi ni, kadangkala susah nak diukur sejauh mana seksinya seseorang itu. Iyalah, seksi ni berdasarkan mata dan pandangan masing-masing. Ada orang, melihat wanita memakai baju kurung pun dia boleh kata seksi sedangkan pakaian itu sudah cukup sopan dalam masyarakat Melayu. Jadi bila timbul isu mendakwa pelakon Janna Nick kini semakin seksi, Mary pun tak tahu bahagian mana yang seksinya itu. Kalau melihat pada perwatakan Janna, semua orang…










