PASIR GUDANG 15 Mac – Kira-kira 1,000 umat Islam di Masjid Al-Munawwarah, Kota Masai di sini iaitu antara masjid paling dekat dengan Sungai Kim Kim yang tercemar sisa buangan toksik haram tetap menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi. Walaupun kawasan tersebut berada dalam Zon Merah berikutan jaraknya dengan sungai berkenaan hanya kira-kira 500 meter, namun keadaan tersebut tidak menghalang penduduk setempat dan pekerja industri berhampiran untuk menunaikan kewajiban tersebut. Dalam keadaan cuaca panas dan sekali-sekala berangin, dapat dilihat majoriti para jemaah tidak menggunakan penutup mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya