Bertindak ke atas penghina Rasulullah - Utusan Malaysia

Bertindak ke atas penghina Rasulullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 5 Mac – Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih ke atas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menggesa semua pihak akur dengan teguran baginda yang mahu golongan bukan Islam berhenti menghina Rasulullah SAW serta kesucian agama Islam.

Dalam kenyataannya Menteri Besar, Amirudin Shari, turut seiringan dengan Sultan Selangor apabila menyifatkan perbuatan menghina keperibadian Rasulullah adalah tindakan jelik yang akan membawa kepada kerosakan keharmonian dan perpaduan di negara ini.

AMIRUDIN SHARI
AMIRUDIN SHARI 

“Saya menzahirkan segenap sokong­an dan menjunjung kasih ke atas titah Sultan Selangor dan menggesa semua pihak agar menginsafi serta akur akan titah Tuanku Sultan Selangor.

“Justeru saya mengulangi pendirian saya baru-baru ini yang mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Perbuatan ini harus dihentikan serta-merta agar tidak mendatangkan kejadian yang tidak diingini sehingga menggugat kesentosaan negeri,” katanya di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Amirudin juga turut menggesa pihak polis dan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN