KUALA LUMPUR 29 Mac – Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng yang memberikan kupon makanan percuma bernilai RM75,000 kepada 300 pelajar miskin dari lima buah sekolah dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Walaupun tempoh berkempen belum dimulakan namun Bersih 2.0 berpandangan tindakan itu boleh dianggap sebagai kesalahan dalam pilihan raya.…










