Berpada-padalah layan game online - Utusan Malaysia

Berpada-padalah layan game online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRAGEDI hitam mengorbankan 50 nyawa di Christchurch, New Zealand benar-benar menyedihkan. Akak Cute tidaklah mahu mengulas panjang berhubung isu berkenaan yang disifatkan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

Namun, peristiwa itu memberi pengajaran kepada kita semua di negara ini betapa nikmat keamanan dan perpaduan yang kita kecapi perlu dipelihara sebaik mungkin dalam sebuah negara kepelbagaian kaum dan agama ini.

Akak Cute setuju dengan pandangan Abang Hensem minggu lalu tentang bagaimana perpaduan yang telah kita bina sekian lama sejak di bangku sekolah lagi harus kita sebatikan dalam jiwa sampai bila-bila.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tragedi tembakan rambang itu turut dikaitkan dengan ketaksuban bermain game online. Mungkin ada benar juga sebab kalau kita tengok video serangan yang tersebar itu seolah-olah individu yang melakukan keganasan itu sedang bermain game.

Kita mungkin sukar nak percaya begitu besar kesan game online ni. Lebih-lebih lagi yang bersifat ganas seperti permainan tembak-tembak macam fortnite, PubG, Free fire dan seumpamanya. Akak Cute nak namakan pun tak tahu. Tapi game seperti inilah yang anak-anak muda kita sekarang tengah ‘gila’.

Tak usah cakap anak mudalah, golongan bapak-bapak pun sibuk melayan game online ni. Boleh kata 24 jam duk hadap telefon. Sebabnya kalau dah start online tu, memang tak boleh nak tinggal. Memang tak ada masalah nak layan anak-anak. Apatah lagi nak tolong bini buat kerja rumah.

Kadang-kadang tu sanggup skip makan, tidur pun sampai pukul 3 atau 4 pagi bila dah leka sangat dalam dunia game. Bab solat malas nak ceritalah.

Bila bini tegur, mulalah cakap kira okey lah ni ‘duduk’ rumah daripada keluar malam-malam melepak dengan kawan-kawan. Buat apa kalau setakat jasad je ada kat rumah.

Ada setengah tu yang kata jangan halang minat atau hobi suami sebab itu sebahagian me time dia. Membiarkan suami melayan hobi akan mengangkat darjat anda di mata suami dan meletakkan sifat saling memahami dalam diri anda pada kedudukan paling tinggi di hati suami.

Wah… dahsyat betul perbandingannya. Sebenarnya isteri bukan nak mengongkong sangat, tapi berpada-padalah melayan hobi. Kalau dah makan tidur entah ke mana, dah tak kenal anak bini, maknanya apa?

Pandai-pandailah membahagikan masa. Walaupun kesan bermain game online di negara ini mungkin dirasakan bukan lagi sampai tahap perang seperti di Christchurch itu, tetapi cukuplah ia tidak terjadi ‘perang’ dalam rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini