Beri kupon makanan langgar peraturan - Utusan Malaysia

Beri kupon makanan langgar peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 29 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggalakkan mana-mana pihak untuk membuat laporan polis berhubung tindakan pemberian kupon makanan percuma kepada pelajar miskin dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Rantau.

Timbalan Pe­ngerusi SPR, Dr. Azmi Sharom ber­kata, pemberian kupon makanan merupakan kesalahan dalam Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya dan ia tidak dibenarkan ketika sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

Sehubungan itu, sekiranya mana-mana pihak merasakan perkara tersebut me­rupakan kesalahan dan menjadi saksi kejadian, pihaknya menggalakan untuk laporan polis dibuat supaya tindakan dapat diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita lihat undang-undang ia berada dalam Seksyen 8 Akta Ke­salahan Pilihan Raya ia dinamakan jamuan, ini tidak dibenarkan. Isu di sini adalah ia tidak dibenarkan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

“Jika ada sesiapa yang rasa ini adalah satu kesalahan, kami menggalakkan untuk buat laporan polis supaya tindakan boleh diambil pada sesiapa sahaja yang membuat kesalahan mengikut undang-undang kita. Ini sangat penting, jika kita ada situ, jadi saksi, buat laporan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan di Pusat Penamaan Calon, PRK Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) hari ini mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng yang memberikan kupon makanan percuma bernilai RM75,000 kepada 300 pelajar miskin dari lima buah sekolah dalam kawasan PRK Rantau.

Sementara itu, jelas Azmi, masalah ketika ini ialah tiadanya definisi dalam undang-undang tersebut dalam menentukan bilakah waktu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tersebut.

“Apa yang penting semua parti politik dan calon-calon perlu faham dan mematuhi undang-undang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini