Beregu wanita ke final Terbuka India - Utusan Malaysia

Beregu wanita ke final Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASANGAN beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean semakin hampir untuk merangkul kejuaraan pertama mereka tahun ini selepas me­nempah aksi final kejohanan badminton Terbuka India semalam.

Pasangan No.1 negara itu tampil dengan aksi penuh bertenaga untuk menyingkirkan pilihan kedua dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 18-21, 21-19, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi.

Ia sekali gus menyaksikan mereka akan membuat perhitungan dengan pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu selepas pasangan berkenaan turut me­nempah aksi final dengan menewaskan regu senegara, Della Destiara Haris-Tania Oktaviani Kusumah 21-9, 19-21, 21-5.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aksi final kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 500 itu turut memperlihatkan Mei Kuan-Meng Yean bakal membuat perhitungan kali kedua dengan Greysia-Apriyani yang menewaskan mereka di Kejohanan Dunia 2018.

Menurut ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak, meskipun melakarkan kejutan dengan menewaskan pasangan pilihan kedua, Mei Kuan-Meng Yean masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan yang dikesan dalam gelanggang.

Pada masa yang sama, Rosman turut memuji aksi serangan balas Mei Kuan-Meng Yean yang dilihat lebih berkesan sambil mengharapkan pres­tasi tersebut dapat diulangi pada perlawanan akhir hari ini.

“Perlawanan hari ini sudah habis, sekarang ini adalah masa untuk mempersiapkan mereka untuk aksi lebih mencabar esok. Saya harap mereka akan berehat secukupnya malam ini dan lakukan kejutan untuk perlawanan final,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini