Belum ada petunjuk baharu misi cari peserta larian hilang - Utusan Malaysia

Belum ada petunjuk baharu misi cari peserta larian hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG – Pasukan mencari dan menyelamat belum mempunyai petunjuk baharu mengenai kehilangan seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, operasi yang kini memasuki hari ketiga masih menumpukan kepada kawasan botol minuman Mohammad Ashraf Hassan, 29, ditemukan pada Ahad lalu. 

“Tumpuan juga adalah tempat anjing unit pengesan berhenti semalam iaitu di lereng bukit batu putih  selain menggunakan semua maklumat atau petunjuk daripada orang awam termasuk gambar,” katanya kepada pemberita di pos operasi di Kampung Sungai Itek di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad Yunus berkata, pasukan mencari dan menyelamat pada hari ini membuat carian di kawasan puncak dengan menggunakan kaedah ‘teknik menyelamat menegak’ memandangkan terdapat kawasan yang sukar dilalui.

“Hari ini pasukan bomba membuat carian di kawasan puncak lereng batu yang sukar dihubungi dengan jalan biasa. Oleh itu kita menggunakan peralatan tali untuk turun ke bawah,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini