BERLIN 19 Mac – James Rodriguez berkata dia gembira beraksi bersama Bayern Munich selepas mempamerkan persembahan memukau pada minggu lalu dan pemain secara pinjaman itu tertanya-tanya mengenai masa depannya bersama kelab gergasi Jerman tersebut. Pemain tengah, Rodriguez menjaring hatrik ketika membantu Bayern membelasah Mainz pada Ahad lalu sekali gus menimbulkan spekulasi sama ada juara Jermain itu akan membuat pilihan untuk membelinya dari Real Madrid dengan harga 42 juta euro (RM194…










