MUNICH 14 Mac – Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac, mengakui pasukannya sememangnya layak disingkirkan Liverpool dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Allianz Arena, awal pagi tadi.
“Kami berdepan lawan yang sukar dan kami perlu mengucapkan tahniah kepada Liverpool dan Jurgen Klopp.
“Mereka pasukan yang lebih baik dalam kedua-dua perlawanan dan kami memang sepatutnya kalah. Pihak lawan menekan kami dengan corak menyerang dan mereka tidak memberi sebarang ruang.
“Keadaan itu menyukarkan kami, ia bukanlah hari yang baik buat kami. Liverpool adalah pasukan terbaik di Eropah dan mereka membuktikan kelemahan kami,” katanya.
Kekalahan 1-3 kepada Liverpool dalam aksi kedua itu, perlu dilupakan Bayern secepat mungkin dengan memberi tumpuan dalam saingan Bundesliga.
Pertemuan pertama berlangsung cukup sengit apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Anfield
Liverpool memperolehi tiga gol iaitu dua menerusi Sadio Mane dan satu hasil ledakan Virgil van Dijk manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Joel Matip. – AGENSI











