Bawa pulang sayur-sayuran percuma - Utusan Malaysia

Bawa pulang sayur-sayuran percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Daripada pembaziran kepada manfaat masyarakat. Perkataan ini sesuai sekali menggambarkan usaha murni sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama peniaga Pasar Borong Kuala Lumpur dalam melaksanakan tanggunjawab sosial mereka membantu golongan sederhana dan berpendapatan rendah di ibu kota.

Keratan akhbar Utusan Malaysia keluaran 23 Mac

Pengagihan sayur-sayuran yang masih segar dan tidak habis dijual sejak 2017 itu memberi manfaat kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat, Perumahan Awam dan rumah-rumah kebajikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program di bawah Kuala Lumpur Food Bank yang dilihat sebagai serampang dua mata itu bukan sahaja memberi sinar dalam kehidupan mereka, malah mampu menyelamatkan bertan-tan sayur-sayuran yang masih baik daripada terbuang begitu sahaja.

Ikuti pengalaman Wartawan Utusan Malaysia, Roskhoirah Yahya yang berkesempatan mengikuti kerja-kerja pengagihan sayur-sayuran kepada golongan sasaran sekitar ibu kota dalam Utusan Malaysia esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini