Batal kelayakan Sri Ram, mahkamah tolak permohonan Najib - Utusan Malaysia

Batal kelayakan Sri Ram, mahkamah tolak permohonan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan kelayakan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya daripada mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes 1MDB yang dihadapinya.

GOPAL SRI RAM
GOPAL SRI RAM 

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati tiada peruntukkan yang mewajibkan surat lantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu dikemukakan kepada pasukan pembelaan.

Malah, Hakim Collin juga dalam keputusannya menyatakan Peguam Negara Tommy Thomas turut mengesahkan pelantikan Sri Ram itu kemudian disusuli dengan kenyataan media.

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan tersebut difailkan Ahli Parlimen Pekan pada Disember tahun lalu dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai pihak responden.

Najib, 66, didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Perdana Menteri Keenam itu didakwa melakukan perbuatan itu di Am­Islamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini