KOTA KINABALU 15 Mac – Sebuah bas persiaran yang membawa 15 pelancong dari China dalam perjalanan ke resort Kampung Rampayan, terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di Kampung Kesapang, Kota Belud hari ini. Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam satu kenyataan berkata, agensi itu menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.37 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer. “Seorang penumpang mengalami kecederaan di dada serta sukar bernafas bagaimanapun mangsa…










