MANILA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Wilayah Autonomi Muslim Bangsamoro Mindanao (BARMM) amat berminat untuk mempelajari cara Malaysia untuk membangunkan wilayah di Selatan Filipina berkenaan. Katanya, kepimpinan wilayah autonomi yang diwujudkan selepas ratifikasi Undang-Undang Organik Bangsamoro berkenaan juga berminat mempelajari cara Malaysia menyediakan peluang pekerjaan di wilayah itu serta kaedah menggalakkan kemasukan pelabur luar ke wilayah itu. “Mereka (BARMM) mempunyai ramai pejuang yang dahulu tahu berperang…










