Bapa tiri dera kanak-kanak lima tahun didakwa membunuh - Utusan Malaysia

Bapa tiri dera kanak-kanak lima tahun didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Bapa tiri mangsa dera Muhammad Hafiz Firdaus Abdullah yang meninggal dunia kira-kira dua minggu lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penoreh getah, Muhamad Alias Othman, 55, sekadar mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. 

Dia didakwa membunuh Muhammad Hafiz Firdaus, 5, dengan menggunakan kayu pokok getah dan memijak badan mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri antara 10.30 pagi hingga 1 tengah hari pada 20 Februari lalu. 

Pertuduhan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam kebun getah Kampung Air Hitam, Paloh Hinai di sini. 

Mahkamah menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan forensik. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN