Bapa, anak saudara bolot hadiah pertama, kedua PJ Joran 2019 - Utusan Malaysia

Bapa, anak saudara bolot hadiah pertama, kedua PJ Joran 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Tiada rahsia lain namun hanya kekal menggunakan umpan cacing, seorang lelaki berusia 48 tahun muncul juara dalam pertandingan Petaling Jaya (PJ) Joran 2019 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, semalam.

Mohd. Shahid Mispari berjaya menewaskan lebih 850 peserta lain dengan menaikkan ikan Baung Merah seberat 10.865 kilogram (kg).

Dengan kejayaan itu, Mohd. Shahid berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala kejuaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berkongsi kegembiraan apabila anak saudaranya, Mohd. Khairul Amrie, 31, memenangi tempat kedua hasil tangkapan ikan daripada spesies sama seberat 6.530 kg sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Mohd. Riduwan Bilal, 28, apabila berjaya menjinakkan ikan daripada spesies sama seberat 5.910 kg dan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Program anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diadakan sempena program Hari Bebas Kenderaan PJ 2019 itu disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain.

Mohd. Azizi berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan sambutan yang diterima daripada para peserta dan akan dijadikan sebagai acara tahunan.

“Tahun ini paling meriah dan kami menganggarkan kehadiran 10,000 pengunjung ke tasik ini dengan turut sama menyertai pelbagai acara disediakan sepanjang program.

“Lebih 850 kaki pancing juga dari seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka malah penyertaan dari negara Jepun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini