IPOH – Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming hari ini mengumumkan pemberian peruntukan RM150,000 kepada Masjid An-Naim di Taman Seri Setia dekat Teluk Intan di sini bagi tujuan membaik pulih serta menaik taraf masjid tersebut. Nga yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang meluluskan peruntukan khas tersebut dengan serta-merta. “Hal ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) cukup prihatin tentang kebajikan rakyat dan komited untuk menjaga kebajikan serta membela nasib semua kaum,” katanya dalam satu kenyataan media di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya