Bangladesh gantung mati lelaki bunuh diplomat Arab Saudi - Utusan Malaysia

Bangladesh gantung mati lelaki bunuh diplomat Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 4 Mac – Seorang pesalah warga Bangladesh dihukum gantung sampai mati di sebuah penjara di pinggir Dhaka atas kesalahan membunuh seorang diplomat Arab saudi pada 2012.

Khalaf Ali, 45, yang bekerja di Kedutaan Arab Saudi di sini ditembak mati dalam satu insiden di hadapan rumah sewanya.

Polis menyatakan bahawa pesalah yang dikenali sebagai Saiful Islam, 30, didapati bersalah mengetuai operasi membunuh dan cuba merompak Khalaf. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN