KLANG – Perbuatan terkutuk seorang mekanik sambilan melakukan sumbang mahram dan memasukkan jari ke dalam kemaluan adik kandung perempuannya, dua tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dipenjara 55 tahun dan 15 sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary. Mahkamah turut…










