KUALA LUMPUR 24 Mac- Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan penuh bermakna buat kontinjen Honda selepas berjaya memenangi perlumbaan CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 yang berakhir di Jasin, Melaka, hari ini. Selepas dua musim, pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu akhirnya menamatkan dominasi jentera Yamaha sekali gus turut menjadi kemenangan pertamanya dalam perlumbaan kelas perdana. Azroy memulakan 20 pusingan perlumbaan dari petak ketiga sebelum merampas kedudukan…










