Gagal beli emas guna wang palsu RM30,000

Gagal beli emas guna wang palsu RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Helah seorang lelaki  cuba membeli barangan kemas menggunakan wang palsu bernilai RM30,000 terbongkar selepas disedari jurujual  sebuah kedai emas di Chabang Tiga di sini. Semalam.

Dalam kejadian pukul 3.10 petang itu, lelaki berusia awal 30-an tersebut datang bersendirian ke kedai emas berkenaan dengan memakai kopiah putih, cermin mata hitam dan pelitup muka berwarna merah jambu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki itu  berurusan untuk membeli beberapa barangan kemas selain merakam gambar kononnya untuk ditunjukkan kepada isterinya.

“Lelaki terbabit kemudian keluar masuk ke kedai emas terbabit beberapa kali sebelum bersetuju mahu membeli barangan kemas berkenaan. 

“Suspek kemudian  menyerahkan wang tunai berjumlah RM30,000 yang berikat di dalam beg plastik,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, pekerja kedai emas tersebut curiga dan memeriksa wang itu dengan teliti sehingga berlaku tarik menarik dengan suspek.

“Suspek yang panik melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Axia. Tiada kerugian direkodkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN