Aznil dilantik sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21 - Utusan Malaysia

Aznil dilantik sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Personaliti terkenal yang juga pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi dilantik sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK) 21 oleh Kementerian Pendidikan semalam.

KUALA LUMPUR 26 APRIL 2018 – Photoshoot Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi di sini, hari ini. GAMBAR : AZLAN HADI ABU BAKAR / PEMBERITA : IZWAN (MEJA HIBURAN KOSMO) AZNIL berasa puas dapat membantu anak-anak yang kurang bernasib baik. ( pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi ) NOTATERBITANKOSMOISNIN7 MEI 2018MUKA 42ARCHIVED BY AKM

Aznil yang berusia 57 tahun berkongsi watikah pelantikan itu di laman Instagram miliknya berserta ucapan penghargaan terhadap pengiktirafan ber­kenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inilah watikah pelantikan saya sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21 oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

“Terima kasih kepada pejuang-pejuang Yayasan Pesona. Tugas baharu kita telah bermula. Anak-anak Pak Nil nantikan kemunculan saya di sekolah anak-anak,” tulisnya di laman Instagramnya semalam.

Aznil yang mesra di sapa sebagai Pak Nil juga merupakan pengasas Yayasan Pesona dan berperanan melahirkan generasi yang bijak menyuarakan pendapat secara beretika dan tatasusila menerusi pelantikan tersebut.

Mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pengacaraan, Aznil turut melepaskan jawatan tetap sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat Ona Air Astro pada 31 Disember tahun lalu demi me­numpukan perhatian terhadap Yaya­san Pesona.

Yayasan Pesona telah dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari lalu dengan slogan ‘Suara Kita’ yang melambangkan ge­nerasi muda yang berani melontarkan pandangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini