LAGU Negaraku berkumandang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menjuarai perlumbaan pertama kelas Asia Superbike 1000cc (ASB1000cc) dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) petang semalam. Biarpun memulakan saingan di petak kedua, Azlan berjaya menampilkan aksi cemerlang dengan mengatasi pencabarnya dari Thailand, Thitipong Warokorn yang bermula di petak hadapan. Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team tersebut berjaya memberi tekanan kepada Warokorn sebelum memintasnya ketika perlumbaan…










