Selepas tampil berselendang sejak lebih dua minggu lalu, Rabu lalu penyanyi Azharina Azhar mengejutkan peminat apabila memuat naik gambarnya dalam Instagram dengan imej bertudung litup. Azharina, 34, yang dihubungi Kosmo! bagaimanapun mendedahkan dia belum sepenuhnya bertudung, sebaliknya dalam proses untuk belajar untuk ke arah tersebut. Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi itu, hatinya terjentik untuk berubah selepas diuji Allah dengan sakit teruk sehingga hampir lumpuh baru-baru ini. Sejak…










