Austria mahu bubar kumpulan berhaluan kanan - Utusan Malaysia

Austria mahu bubar kumpulan berhaluan kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA 27 Mac – Austria akan membubarkan kumpulan berhaluan kanan yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyerang insiden tembakan rambang di dua buah masjid Christchurch, New Zealand, sekiranya pasukan penyiasat memutuskan ia adalah pengganas.

Pihak berkuasa pada Isnin lalu menyerbu apartmen milik pemimpin Pergerakan Identitarian Austria (IBOe), Martin Sellner selepas didakwa menerima sumbangan sebanyak AS$1,700 (RM6,935) daripada suspek insiden itu, Brenton Tarrant.

Austria hari ini mengesahkan wujud kaitan antara Sellner dan Tarrant.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Radikalisme daripada segala bentuk perlu dihapuskan dan semua pilihan undang-undang wajar diambil,” kata Kanselor Austria, Sebastian Kurz ketika sidang media. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini