Australia beri amaran kepada eksekutif firma teknologi - Utusan Malaysia

Australia beri amaran kepada eksekutif firma teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 26 Mac – Australia memberi amaran kepada syarikat media sosial gergasi bahawa golongan eksekutif boleh dipenjarakan sekiranya gagal membuang bahan berbentuk keganasan daripada platform mereka.

Perdana Menteri, Scott Morrison mengadakan pertemuan dengan beberapa firma teknologi hari ini termasuk Facebook, Twitter dan Google – bagi mengetahui bagaimana mereka mahu memastikan kesemua platform tersebut ‘bebas daripada keganasan’.

“Mereka sepatutnya membuang bahan berbentuk keganasan dan seumpamanya dalam satu tempoh tertentu bagi memastikan penduduk Australia selamat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Australia sedang mempertimbangkan melaksanakan undang-undang baharu susulan insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini