Atletico perlu beri tekanan kepada Barcelona - Utusan Malaysia

Atletico perlu beri tekanan kepada Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 10 Mac – Diego Simeone sedar dengan kecemerlangan Barcelona dalam saingan La Liga namun dia mahu Atletico Madrid mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga.

Atletico kini ketinggalan empat mata di belakang Barcelona selepas menang 1-0 ke atas Leganes namun The Catalan mampu meningkatkan jurang itu kepada tujuh mata.

Barcelona sebelum ini berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Rayo Vallecano 3-1 dan kini kekal dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam saingan liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Simeone menang lima perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan dengan baki 11 perlawanan musim ini dan kesuntukan masa untuk merapatkan jurang mata dengan Barcelona.

“Sejak Disember lalu, Barcelona seperti musim sebelum ini, sentiasa menang.

“Kami perlu kekal konsisten dan terus perbaiki prestasi kami. Ia menjadi motivasi penting untuk kami setiap minggu.

“Bukan mudah untuk sentiasa menang dan kami beraksi dengan barisan pemain berkualiti di pelbagai posisi di setiap perlawanan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini