MANILA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan negara anggota ASEAN mengkaji semula idea lama masing-masing membabitkan perkongsian pasaran domestik yang diilhamkan semasa blok itu ditubuhkan pada 1967. Perdana Menteri berkata, menerusi konsep itu, negara anggota ASEAN boleh bersama-sama membincangkan dan memutuskan industri utama tertentu di setiap negara, dengan kesemua anggota boleh memanfaatkan pasaran besar yang meliputi lebih 600 juta penduduk di rantau ini. Beliau berkata, ironisnya, rakyat di rantau ini…










