WASHINGTON 14 Mac – Amerika Syarikat (AS) dan India bersetuju untuk memperkukuhkan keselamatan dan kerjasama nuklear termasuk membina enam loji tenaga nuklear AS di India.
Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan bersama kedua-dua negara seperti dilaporkan al-Jazeera.
Perjanjian itu diadakan selepas rundingan dua hari di sini antara Setiausaha Luar India, Vijay Gokhale dan Andrea Thompson, Ketua Negara AS untuk Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kedua-dua pihak komited memperkuat kerjasama dua hala dan kerjasama nuklear, termasuk loji kuasa nuklear AS di India,” jelas kenyataan bersama itu.
Kedua-dua negara telah membincangkan pembekalan reaktor nuklear AS ke India selama lebih dari satu dekad.











