Arsenal perlu kekal konsisten - Utusan Malaysia

Arsenal perlu kekal konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mac – Unai Emery mencabar Arsenal untuk menunjukkan ‘personaliti’ sama seperti yang ditampilkan semasa menundukkan Manchester United bagi merealisasikan impian berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Arsenal kini berada satu anak tangga di atas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas menang 2-0 ke atas mereka di Stadium Emirates, pada 10 Mac lalu.

Tottenham kini berada satu mata di hadapan Gunners di kedudukan ketiga dan Chelsea ketinggalan tiga mata di kedudukan keenam, jadi pelbagai kemungkinan boleh berlaku bagi merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara, musim hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Emery yakin pasukannya mampu meraih slot ke saingan elit Eropah itu menerusi kelayakan Liga Perdana Inggeris berbanding menjuarai Liga Europa dengan mereka akan berdepan cabaran Napoli di suku akhir.

“Kedudukan empat teratas adalah objektif kami tetapi kami perlu bersabar dan kami cuba untuk kekal kompetitif dalam setiap perlawanan.

“Dalam lapan perlawanan lagi, kami perlu tunjukkan personaliti seperti kami menentang United.

“Kami tahu keadaan akan jadi sukar kerana semua pasukan hebat di sekeliling kami tetapi jika kami bekerja dengan baik kami ada peluang.

“Kami akan berdepan Newcastle selepas ini, jadi ada peluang untuk menikmati permainan selain meraih tiga mata,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini