Arab Saudi tolak dan mengutuk pengiktirafan AS, Bukit Golan milik Israel - Utusan Malaysia

Arab Saudi tolak dan mengutuk pengiktirafan AS, Bukit Golan milik Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 26 Mac – Arab Saudi menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Bukit Golan milik Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan Agensi Berita SPA, Riyadh secara keras menolak dan mengutuk pentadbiran AS yang mengiktiraf Bukit Golan yang diduduki sebagai milik Israel.

“Bukit Golan kekal ‘tanah Arab Syria yang diduduki’ dan pengiktirafan sebagai milik Israel ‘melanggar resolusi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan antarabangsa,” jelas kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Trump menandatangani dokumen pengiktirafan Bukit Golan yang dirampas dari Syria ketika Perang Enam Hari 1967 disaksikan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini