Ketika ini satu dunia sedang bersedih. Satu dunia yang mencintai keamanan juga sedang mengutuk keganasan ke atas jemaah dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang dibunuh ketika sedang menunggu untuk bersolat Jumaat, kelmarin. Sekurang-kurangnya 49 jemaah mati manakala berpuluh-puluh lagi cedera akibat ditembak. Difahamkan setakat hari ini 41 orang mati di Masjid Al-Noor manakala lapan lagi mati di Masjid Linwwood, Christchurch. Kesemua mereka mati akibat ditembak dan bukan mati…










