SEREMBAN 29 Mac – Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2018 yang merupakan anugerah berprestij untuk mengiktiraf mahasiswa cemerlang akan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini pada Sabtu ini. Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan berkata, majlis anugerah anjuran Kementerian Pendidikan itu memasuki tahun keenam penganjurannya dan USIM berbesar hati kerana diberi kepercayaan menganjurkannya kali ini. Katanya, ATS bakal mengiktiraf pencapaian mahasiswa dan ketokohan mereka dengan…










