Anugerah Patrol Denggi suntik kesedaran pelajar - Utusan Malaysia

Anugerah Patrol Denggi suntik kesedaran pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 21 Mac – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini baru-baru ini menganjurkan Anugerah Patrol Denggi 2019 yang bertujuan mendidik dan menyemai tanggungjawab dalam kalangan pelajar untuk memahami risiko dan bahaya denggi.

Program yang diadakan di Dataran Budaya SMKG Geting itu disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr. Faizan Ghazali dan serentak dengan itu melancarkan sudut info denggi sekolah berkenaan.

Program itu juga sebagai usaha memperkasakan pelajar mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengatasi ancaman denggi selain menjadi ‘duta’ berpengaruh di dalam komuniti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelbagai pengisian dijalankan sepanjang acara itu antaranya dikir barat, sketsa, pameran dan ceramah denggi, sajak, tarian, gotong-royong, kuiz dan pidato patrol denggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini