Anjing peliharaan dilelong langsai hutang - Utusan Malaysia

Anjing peliharaan dilelong langsai hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 4 Mac – Keputusan pihak berkuasa Jerman untuk merampas seekor anjing daripada sebuah keluarga yang dibelenggu masalah hutang dan melelongnya dalam eBay mendapat kritikan pelbagai pihak.

Sehubungan itu, pembeli anjing berkenaan, Michaela Jordan mengemukakan tuntutan saman terhadap pihak berkuasa bandar Ahlen kerana didakwa melakukan ‘penipuan’.

Anjing yang diberi nama Edda itu dirampas pada penghujung tahun lalu dari sebuah keluarga yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka kepada pihak berkuasa Ahlen.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, pihak berkuasa berkenaan bertindak melelong anjing tersebut di eBay dan berjaya dijual pada harga 690 euro (RM3,190). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN