Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar di Kempen Earth Hour MPAJ 2019, 30 Mac ini - Utusan Malaysia

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar di Kempen Earth Hour MPAJ 2019, 30 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kempen Earth Hour Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2019 di Dataran Amphitheatre, Menara MPAJ pada 30 Mac depan bakal menampilkan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie.

PENAMPILAN khas Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie di kempen Earth Hour MPAJ 2019 di Dataran Amphitheatre, Menara MPAJ, 30 Mac depan. – UTUSAN ONLINE

Pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga seperti pertandingan roket air, aktiviti mencerap bintang dan tayangan filem ‘Martion-Bring Him Home’ akan diadakan bermula pukul 5 petang hingga 11 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan kepada para pengunjung iaitu di Jalan Persiaran (belakang Menara MPAJ) atau di Tingkat 1, 2 dan 3 bangunan Menara MPAJ.

Sebarang pertanyaan mengenai program kemasyarakatan MPAJ boleh menghubungi Hanim di talian 010-534 3292 atau Azizah di 019-3333 927. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini