Angka korban sekolah runtuh di Lagos meningkat sembilan orang - Utusan Malaysia

Angka korban sekolah runtuh di Lagos meningkat sembilan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS 14 Mac – Satu lagi mayat ditemukan dari celah runtuhan sebuah sekolah di sini hari ini, menjadikan jumlah korban ketika ini seramai sembilan orang.

Bangunan tersebut runtuh secara tiba-tiba semalam, menyaksikan penduduk panik dan lari bertempiaran.

Pasukan keselamatan termasuk bomba dan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat ini, sebanyak 37 orang berjaya dibawa keluar dengan selamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini