JAKARTA 6 Mac – Jumlah korban lombong emas haram yang runtuh di utara Indonesia pada minggu lalu meningkat kepada 16 orang dengan harapan untuk menemukan mangsa masih hidup semakin menipis. Sebanyak lapan pelombong berjaya dibawa keluar namun mengalami kecederaan. Operasi mencari serta menyelamat (SAR) dilakukan selama 24 jam bermula Isnin lalu. – AFP










