Anggota terlibat rasuah tidak akan dilindungi - Khalid - Utusan Malaysia

Anggota terlibat rasuah tidak akan dilindungi – Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan melindungi atau mempertahankan mana-mana kakitangan di bawah agensi kementerian itu yang didapati terlibat dengan rasuah.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya mempunyai dasar terbuka dan menyokong apa juga tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menjamin integriti agensi kerajaan.

“Kami mengambil sikap yang tegas untuk tidak melindungi sesiapa sahaja yang ditahan atau dituduh dengan amalan rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak peduli siapa, mereka mesti menghadapi tuduhan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Kementerian Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media berhubung penahanan 16 individu termasuk pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ketua sebuah balai polis yang didakwa menerima wang sogokan secara bulanan daripada pemilik pusat urut di ibu kota oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini