INDIAN WELLS 18 Mac – Pemain tenis sensasi Kanda, Bianca Andreescu menjadi pemain wild card pertama memenangi Indian Wells Masters apabila menundukkan juara Wimbledon, Angelique Kerber 6-4, 3-6, 6-4.
Andreescu, 18, mengejutkan pemain kelapan dunia dari Jermain itu yang sebelum ini tidak memenangi mana-mana kejohanan sejak dia menewaskan Serena Williams dalam final Wimbledon sekali gus merangkul gelaran Grand Slam ketiga miliknya.
Sebelum menyertai kejohanan, Andreescy berada di kedudukan ke-60 dan kini dia melonjak di tangga ke-24.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jika anda percaya kepada diri sendiri, apa sahaja boleh berlaku,” kata Andreescu.
Itu merupakan kejayaan tersebar untuk Andreescu yang menamatkan musim 2018 di tangga ke-178 dunia. – AFP











