Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap berbangga dengan persembahan keseluruhan yang ditunjukkan oleh pasukan negara bawah 22 tahun (B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee walaupun gagal melayakkan diri ke Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 di Thailand tahun depan. Pengarah Teknikalnya, Peter De Roo dalam satu kenyataan hari ini berkata, semangat yang ditunjukkan oleh para pemain dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan J terutamanya keputusan seri 2-2 dengan pasukan…










