AmInvest raih dua Anugerah Morningstar - Utusan Malaysia

AmInvest raih dua Anugerah Morningstar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGIKTIRAFAN. Dua daripada dana AmInvest, AmDynamic Bond dan AmBon Islam menerima anugerah tertinggi kategori pendapatan tetap pada Anugerah Morningstar 2019 Malaysia baru-baru ini.

Dalam kenyataan semalam, AmInvest berkata, AmDynamic Bond dinobatkan sebagai Dana Bon Terbaik Malaysia manakala AmBon Islam dipilih sebagai Dana Bon Terbaik Malaysia (Syariah).

“Bagi jumlah pulangan setahun, AmDynamic Bond merekodkan kira-kira 6.4 peratus pada Disember 2018, manakala AmBon Islam sebanyak 4.7 peratus untuk tempoh yang sama,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

AmInvest adalah jenama perniagaan pengurusan dana bagi AmFunds Management Bhd. dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. dan kedua-duanya merupakan anak syarikat milik penuh AmInvestment Bank Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini