KUALA LUMPUR 7 Mac – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) Cawangan Sibu secara rasmi mula beroperasi di premis pusat perniagaan, Jalan Low King Howe, Sibu, Sarawak. Pengerusinya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, AmanahRaya kini telah berjaya membuka cawangan yang ke-20 di Sibu, Sarawak berikutan pertambahan kes dan permintaan tinggi dari masyarakat sekitar Sibu. Katanya, pembukaan cawangan itu membuktikan keprihatinan AmanahRaya kepada pelanggan dan bakal pelanggannya bukan sahaja yang beragama Islam malah…










