KUALA LUMPUR 6 Mac – Polis akan memohon perintah reman ke atas Alvin Chow yang ditahan kerana yang memuat naik status menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, esok. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu…










