PARIS 5 Mac – Dani Alves secara nerseloroh menyifatkan Paris Saint-Germain masih lagi ‘dara’ daripada Liga Juara-Juara, namun jentera hebat seperti pemain kebangsaan Brazil itu akan membuatkan pasukannya lebih berdaya saing untuk mengucup trofi berprestij tersebut.
Alves sudahpun memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali bersama Barcelona dan mara ke pentas akhir bersama Juventus.
Kini, dia bergelar pemain veteran apabila bakal menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-36 seminggu sebelum final kejohanan tersebut musim ini.
Alves merupakan pemain veteran Brazil di samping rakan senegaranya iaitu penjaga gol Gianluigi Buffon, kini berusia 41 tahun, masih mampu setaraf Neymar dan Kylian Mbappe.
“Kami tahu cara untuk menang dan bagaimana untuk kalah. Apa yang boleh kami lakukan kepada yang lain adalah sama ada kami semua menuju ke arah yang sama, atau kami tinggalkan dengan pintu terbuka untuk tewas,” ujar Alves kepada AFP dalam satu wawancara eksklusif.










