Alumni Universiti Texas eratkan hubungan antara universiti tempatan - Utusan Malaysia

Alumni Universiti Texas eratkan hubungan antara universiti tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Mac – Satu majlis makan malam Persatuan Alumni-Alumni Universiti Texas (PAUT) yang ke-9 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini.

kopaut-2
Semua pihak terbabit dalam usaha menubuhkan KoPaut bergambar kenangan di Shah Alam, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama turut dilancarkan Koperasi Alumni Universiti Texas Berhad (KoPAUT) yang memberi fokus kepada lima bidang iaitu akademik, kejuruteraan, hartanah, halal dan digital.

Majlis di sertai 150 orang yang terdiri dari Alumni PAUT sendiri, sekolah, universiti dan anak-anak asnaf.

Memuatkan artikel berkaitan…

PAUT adalah sebuah persatuan yang bermatlamat mengadakan program-program dan aktiviti bersama universiti-universiti dan sekolah-sekolah dalam usaha pembangunan modal insan dan aktiviti kebajikan di dalam serta di luar negara.

Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden PAUT, Mohamed Amin Abdullah diikuti ucapan tetamu kehormat Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.

Selepas pelancaran KoPAUT, diikuti majlis menandatangi ‘Memorandum Persefahaman’ (MoU) bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam, dan menandatangani Surat Persefahaman bersama SMK Meru Klang, SMK Bukit Gading, Sg Buloh dan REMiT (Rakan Elit Murid Intelek Terengganu).

Diharap dengan kerjasama ini dapat menghasilkan kemahiran pengurusan dan pemindahan pengetahuan melalui aktiviti kepemimpinan, penerapan keusahawanan, motivasi dan hubungan industri yang akan dianjurkan bersama pelajar-pelajar sekolah dan universiti khususnya.

KoPAUT bermatlamat memberi peluang perniagaan dan juga kebajikan sosial bersama-sama ahli dan juga orang awam secara umumnya. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini