Alam Flora peruntukan RM500,000 bantu ceria 3 PPR di ibu kota - Utusan Malaysia

Alam Flora peruntukan RM500,000 bantu ceria 3 PPR di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mac – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) memperuntukkan sebanyak RM500,000 dalam usaha membantu menceria dan mengindahkan tiga kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan PPR Raya Permai,PPR Sri Alam dan PPR Beringin.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, antara bantuan yang dihulurkan adalah seperti mengecat semua rumah sampah, membaiki taman permainan serta membersihkan kawasan burung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini, taman permainan di kawasan PPR sangat teruk. Persekitaran kotor serta banyak kemudahan rosak ekoran perbuatan vandalisme segelintir pihak.

“Oleh itu, dengan rasa tanggungjawab kami menjadikan ketiga-tiga PPR itu sebagai anak angkat. Pemantauan akan dilakukan bagi memastikan kawasan itu sentiasa bersih dan terjaga selain mengadakan kempen kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program Perumahan Ku Bersih 2019 di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini