KUALA LUMPUR – Alajmal Global Resources optimis terhadap perniagaan jualan telekung di negara ini akan terus mendapat perhatian masyarakat.
Pengurus syarikat, Rozita Mat Rashid berkata, ini kerana pakaian untuk bersolat bagi kaum wanita menjadi satu keperluan bagi golongan tersebut dan naluri mereka sentiasa mencari telekung berkualiti.
Menurutnya, berdasarkan faktor tersebut, syarikat mengunjurkan jualan bertambah kepada 5,000 pasang bagi koleksi Telekung Ameena dalam masa empat bulan sebelum Hari Raya Aidilfitri manakala 1,500 pasang untuk koleksi Telekung Almarwah setiap bulan.
“Bagi mencapai nilai sasaran tersebut, kami membuka peluang perniagaan kepada usahawan baharu untuk menjadi pengedar dan dropship dengan modal yang rendah iaitu dengan bayaran yuran sebanyak RM129 serta pembelian 10 helai telekung pada harga borong.
“Telekung mudah dijual melalui promosi di media sosial dan juga testimoni positif daripada pelanggan sedia ada, sehubungan itu, saya yakin para pengedar mampu mencatat jualan yang menggalakkan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Rozita menjelaskan, sejak butik sulungnya mula beroperasi pada bulan Mei 2015, lebih 100,000 pasang telekung telah dijual daripada beberapa rekaan popular seperti Arafah, Prada Lace, Ameena, Aulia dan Almarwah.
Purata jualan telekung kini lebih daripada 2,000 pasang sebulan.
Rozita menjelaskan, sehingga kini, syarikat memiliki 150 ejen di seluruh negara dan mahu jumlah tersebut bertambah sekali ganda pada tahun ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat kini mahu memfokuskan pengeluaran rekaan telekung baharu bagi memenuhi cita rasa dan perubahan gaya hidup pelanggan.
Tambah beliau, harga telekung yang ditawarkan ialah RM159 sepasang.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan telekung dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 011-3650 2382.











